comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: Isi rumah miskin dengan tiga anak layak terima lebih RM13,000 setahun

KUALA LUMPUR: Kerajaan meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 dengan peruntukan sejumlah RM13 billion.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bakal memanfaatkan 9 juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk di negara ini.

“Maka, untuk tahun 2025 kita akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion.

“Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, ketimbang 700,000 penerima tahun ini,” jelasnya.

Tambahnya, bantuan SARA itu akan dikreditkan kepada penerima mulai April 2025.

“Ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

“Kategori bujang akan menerima STR RM600 ringgit. Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum diterima maknanya isi rumah meningkat kepada RM4,600 ringgit, ketimbang RM3,700 ringgit,” jelasnya lagi ketika mengumumkan membacakan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Anwar, keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM yang layak diterima isi rumah miskin dengan tiga anak adalah lebih RM13 ribu setahun.

“Untuk warga emas miskin pula layak menerima bantuan lebih RM10 ribu setahun ketimbang 8,000 ringgit. Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang 1,100 sebulan dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat dan Yayasan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini