comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Belanjawan 2025: Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera


Klik video untuk tonton siaran penuh pembentangan Belanjawan 2025: Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera oleh Perdana Menteri

Dapatkan berita terkini, komprehensif dan inti pati Belanjawan 2025 dengan klik
di sini.

 

 

 

 

Peruntukan hampir RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir. Ini termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

Selain itu, RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.


Menurut Anwar, Isu scam, pornografi kanak-kanak, pembulian siber di media sosial sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa ialah isu besar yang mesti dibendung.

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 Juta.

Sementara itu, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.


Antara langkah kerajaan dalam memanfaat sumber adalah menyalurkan  sebahagian hasil kerajaan merangkumi penjualan nombor plat khas untuk membantu rakyat susah. Selain itu, menampung bayaran mendapatkan lesen motosikal oleh 15 ribu anak muda kurang mampu seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja.

Kerajaan turut memberi bantuan pembelian tiket penerbangan bagi 60 ribu mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung halaman.


RM100 Juta disalur kepada universiti awam untuk laksanakan program Kampung Angkat MADANI dan institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Ikhtiar Sejati MADANI.


RM600 juta untuk merancakkan ekonomi pendesaan di kampung-kampun g, bandar-bandar, pedalam dan perkampungan Orang Asli menerusi Ikhtiar Sejati MADANI.

Manakala RM200 juta disalurkan bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung di seluruh negara.


Peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang  dinaikkan kepada RM209 juta  kepada RM194 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman.


Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM338 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk terus memerangan salah laku rasuah.


Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberikan keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri dengan masing-masing RM6.7 bilion  dan RM5.9 bilion ringgit


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM 421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk 2 bilion ringgit simpanan luar jangka.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.


 

Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan.

Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.


 

Kerajaan menjangkakan kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada RM340 bilion.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 berkata, asas hasil negara masih rendah, sementara perbelanjaan subsidi memuncak ke paras tertinggi di rantau Asia.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan (MoF) kira-kira jam 3.15 petang untuk ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berpakaian baju Melayu lengkap berwarna kelabu dan bersamping diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.


 

Loading...
Terkini