comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Yuran daftar masuk universiti awam tidak melebihi RM1,500

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bermula Januari 2024, yuran pendaftaran memasuki universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Pada masa sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat daripada mendaftar subjek pada setiap semester manakala bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

Perkara itu terkandung dalam Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.

”Saya tidak akan sama sekali mengizinkan, mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di universiti
awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian. Tidak ada duit untuk bayar yuran tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang mahasiswa mengambil peperiksaan,” katanya.

Pada masa hadapan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain tegasnya perlu berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa dan bakal pelajar yang punyai masalah pembayaran yuran.

Sejumlah RM250 turut disediakan bagi mengganti dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam.

Belanjawan 2024 turut menyediakan RM300 juta untuk menyelenggara dan membaiki prasarana serta menggantikan peralatan usang bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT).

Kerajaan akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.

Sejumlah RM5 juta disediakan untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti seluruh negara.

Kerajaan juga menyediakan RM1 juta kepada setiap universiti awam untuk memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini