comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: RM400 Juta bagi melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri hari ini turut menyediakan  RM400 juta bagi melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan.

Tumpuan khusus adalah untuk meningkatkan pengeluaran tanaman makanan tempatan yang masih bergantung dengan import luar.

Antaranya, 150 juta ringgit untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengoptimum penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil tanaman dan ternakan.

50 juta ringgit bagi melaksanakan kaedah baharu perolehan baja secara tender terbuka untuk memberi pesawah pilihan baja yang ingin digunakan.

Projek ini akan dilaksanakan secara rintis di 90 ribu hektar kawasan antaranya di Perak, Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang di mana  50 juta ringgit untuk membekalkan 50 ribu pesawah dengan baja bio dan organik bagi meningkatkan kesuburan tanah.

Bagi menyokong peningkatan kapasiti pengeluaran produk pertanian dan daya saing agroprenuer muda,  Agrobank menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha agromakanan dengan ketersediaan dana sehingga 430 juta ringgit.

Tabung Bencana Pertanian  dengan dana 50 juta ringgit turut disediakan  kerajaan dalam  melindungi petani, penternak dan nelayan yang berdepan dengan musibah bencana sehingga memusnahkan hasil tanaman dan ternakan mereka.

Mereka akan menerima pampasan  sehingga 50 peratus daripada nilai kerugian akibat bencana selain  50 juta ringgit turut disediakan sebagai dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240 ribu pesawah.

” Intihanya, saya menyeru penglibatan dan kerjasama sektor swasta dalam merangkul seluruh kekuatan dan kepakaran masing-masing untuk sama-sama berusaha meningkatkan pengeluaran makanan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import,” kata Perdana Menteri.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini