comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: RM200 juta lindungi hutan, hidupan liar

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM200 juta disediakan untuk Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) tahun depan, berbanding RM150 juta tahun ini.

Ini tanda sokongan atas usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan peratusan kawasan perlindungan hutan dan melindungi hidupan liar yang terancam.

Kerajaan akan menambah bilangan renjer komuniti kepada 2,000 orang berbanding 1,000 orang tahun ini, bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal.

Sebanyak RM60 juta disediakan untuk melantik renjer daripada kalangan veteran ATM, PDRM, Orang Asli dan masyarakat setempat.

Peranan renjer komuniti berjaya membanteras pencerobohan, pembalakan dan perlombongan haram serta pembunuhan hidupan liar.

Selain itu, dana RM10 juta bagi membantu meringankan kerugian yang ditanggung oleh rakyat yang terbabit dengan konflik hidupan liar.

Bagi tempoh 2018 hingga 2022, lebih 46,000 aduan dilaporkan membabitkan konflik hidupan liar seperti gajah, harimau dan tapir yang merosakkan harta benda dan tanaman pertanian dengan nilai kerugian dianggarkan RM43 juta.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini