KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan RM150 juta bagi tujuan menyelenggara dan membaiki tandas awam di 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara, melalui Belanjawan 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkannya berkata peruntukan itu adalah tekad kerajaan bagi memperhebatkan usaha membaik pulih tandas awam seluruh negara.
Beliau turut memaklumkan projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya dan akan diselesaikan tahun ini.
“Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Kerajaan juga akan terus membela nasib rakyat dan menumpukan keutamaan terhadap perkhidmatan dan projek-projek yang memberi kesejahteraan kepada rakyat termasuk menangani masalah asas rakyat yang masih berlarutan.
Beliau mengumumkan peruntukan jurutera daerah dinaikkan kepada RM200,000 dalam usaha menangani aduan kecil dan luar jangka membabitkan jalan persekutuan dengan kadar segera.
”Kerajaan akan meningkatkan peruntukan daripada RM100,000 kepada RM200,000 khusus untuk 115 jurutera daerah dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta.
”Selain itu, sebanyak RM100 juta disediakan bagi menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan dari jenis lama kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60 peratus manakala RM50 juta untuk tujuan sama di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara,” katanya.
Kerajaan turut mengumumkan peruntukan RM50 juta untuk membaikpulih kawasan kerap berlaku kemalangan seperti menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar di jalan Persekutuan bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan
- Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan
- Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK
- Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN
- Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat
- Belanjawan 2024: E-invois LHDNM akan dikuatkuasa secara mandatori kepada pembayar cukai
- Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion
- Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan terus tambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar ikut penggunaan
- Belanjawan 2024: Kawalan penyeludupan rokok, minuman keras diperketat mulai 1 Januari 2024
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam
- Belanjawan 2024: Agensi penguat kuasa cemerlang diberi ganjaran
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Subsidi bersasar dilaksana secara berfasa tahun depan
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan perhebat usaha raih pelaburan berimpak tinggi
- Belanjawan 2024: Harga siling untuk telur, ayam ditarik balik
- Belanjawan 2024: 4,100 jalan berlubang sudah dibaik pulih
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda, hutang bawah RM200 ribu
- Belanjawan 2024: Kerajaan realisasikan kesepakatan dalam Perjanjian Malaysia 1963
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM6.8 bilion untuk pendidikan TVET