comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Program Jualan Rahmah akan diperluas

KUALA LUMPUR: Payung Rahmah ialah manifestasi keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat.

Perjuangan menangani beban sara hidup yang dicetus Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak akan terhenti dan akan terus diperkasa.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyediakan RM200 juta untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah.

Menurutnya, pelaksanaan Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah akan diperluas ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.

“Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekali gus dapat menurunkan harga jualan.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini