comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2024, mengutamakan soal rakyat dan pendidikan

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri disifatkan belanjawan seimbang dan berpaksikan rakyat.

Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selain menumpukan golongan B-40, khususnya petani, pesawah dan nelayan, ia juga mengutamakan pendidikan.

“Kalau anda tanya, saya lebih suka kepada pendidikan. Sebab ia amat penting kerana banyak generasi muda keluarga mereka tidak dapat menampung perbelanjaan pendidikan terutamanya apabila nak masuk universiti. PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) akan mengambil masa untuk proses permohonannya. Yang ini saya ingat satu key kita kena tolong,” katanya.“Sehinggakan mana-mana pelajar yang layak masuk universiti oleh kerana dia takde duit pendahuluan RM1500 universiti tak boleh stop dia daripada mendaftar.So benda-benda macam ni saya nampak dia lebih menumpukan kepada soal rakyat,” jelasnya.

Johari turut menyentuh mengenai subsidi bersasar yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan.

“Walaupun dia (kerajaan) menuju kepada subsidi bersasar, tetapi dalam masa dia menekankan simpanan yang dapat daripada subsidi bersasar ini (yang) akan dipulangkan balik kepada rakyat khususnya kepada rakyat yang dianggap dalam kategori B40” ulas beliau.

Beliau ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini