KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM26 juta bagi menggiatkan pelaksanaan inisiatif penyediaan perkhidmatan terus kepada rakyat di pedalaman melalui lima kemudahan menerusi Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat hari ini.
Lima inisiatif itu ialah Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang menawarkan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan klinik bergerak oleh hospital pengajar universiti bagi memberi rawatan asas termasuk saringan awal kanser payudara.
Inisiatif turut membabitkan klinik pergigian bergerak dengan meluaskan perkhidmatan ke kawasan baharu di Penampang dan Keningau, Sabah; bank bergerak dengan kerjasama bank tempatan bagi membawa perkhidmatan perbankan ke kawasan pedalaman dan mahkamah bergerak khususnya membabitkan kes sivil.
”Rakyat di pedalaman punyai hak yang sama kepada perkhidmatan Kerajaan. Tahun depan, kerajaan akan mempergiat pelaksanaan inisiatif penyediaan perkhidmatan terus kepada rakyat dengan peruntukan RM26 juta,” katanya.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan
- Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan
- Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK
- Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN
- Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat
- Belanjawan 2024: E-invois LHDNM akan dikuatkuasa secara mandatori kepada pembayar cukai
- Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion
- Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan terus tambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar ikut penggunaan
- Belanjawan 2024: Kawalan penyeludupan rokok, minuman keras diperketat mulai 1 Januari 2024
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam
- Belanjawan 2024: Agensi penguat kuasa cemerlang diberi ganjaran
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Subsidi bersasar dilaksana secara berfasa tahun depan
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan perhebat usaha raih pelaburan berimpak tinggi
- Belanjawan 2024: Harga siling untuk telur, ayam ditarik balik
- Belanjawan 2024: 4,100 jalan berlubang sudah dibaik pulih
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda, hutang bawah RM200 ribu
- Belanjawan 2024: Kerajaan realisasikan kesepakatan dalam Perjanjian Malaysia 1963
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM6.8 bilion untuk pendidikan TVET
- Belanjawan 2024 : RM150 juta peruntukan baiki tandas awam
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan pendekkan tempoh proses sijil halal kepada 30 hari
- Belanjawan 2024: Geran RM100 juta bagi pendigitalan PKS, mikro