Benteng sempadan dan perairan negara perlu dipertahankan bagi menjamin keamanan. Keselamatan dalam negara perlu dipelihara bagi mengekalkan keharmonian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tahun hadapan, Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM19.7 bilion, meningkat RM2 bilion berbanding tahun ini.
Sementara Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula diperuntukkan RM19 bilion, juga bertambah RM500 juta berbanding tahun ini.
Bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara, Kerajaan akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu.
Ini termasuklah perolehan 12 helikopter baharu Tentera Udara Diraja Malaysia; perolehan aset-aset utama Tentera Darat Malaysia; kerja-kerja memasang pulih 2 aset kapal selam selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia; serta perolehan bagi menggantikan aset lama dengan 7 buah pesawat kapal terbang twin engine dan 5 buah helikopter ringan PDRM.
Selain itu, Malaysia terus mengulangi komitmen penyelesaian secara aman menerusi Deklarasi Kod Tatalaku dalam soal pertikaian Laut China Selatan.
Namun, ini tidaklah bermakna kita boleh menggadaikan kedaulatan negara.
Oleh itu, keselamatan sempadan dan perairan negara akan terus dipertahan di samping mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa.
Bagi tahun hadapan, kerajaan akan menambah aset-aset perairan antaranya perolehan 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta 9 buah kapal ronda generasi baharu serta bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Kerajaan juga akan membina tujuh pos imbangan antaranya di Melikin dan Pa’ Daleh, Sarawak, pos keselamatan di Sungai Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Sabah serta kerja awalan pembinaan dua ICQS di Nabawan dan Kalabakan, Sabah.
Sebuah agensi tunggal sempadan negara atau single border agency (SBA) akan diwujudkan.
“RM20 juta turut disediakan untuk menyelenggara, membaiki serta memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan
- Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan
- Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK
- Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN
- Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat
- Belanjawan 2024: E-invois LHDNM akan dikuatkuasa secara mandatori kepada pembayar cukai
- Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion
- Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan terus tambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar ikut penggunaan
- Belanjawan 2024: Kawalan penyeludupan rokok, minuman keras diperketat mulai 1 Januari 2024
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam
- Belanjawan 2024: Agensi penguat kuasa cemerlang diberi ganjaran
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Subsidi bersasar dilaksana secara berfasa tahun depan
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan perhebat usaha raih pelaburan berimpak tinggi
- Belanjawan 2024: Harga siling untuk telur, ayam ditarik balik
- Belanjawan 2024: 4,100 jalan berlubang sudah dibaik pulih
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda, hutang bawah RM200 ribu
- Belanjawan 2024: Kerajaan realisasikan kesepakatan dalam Perjanjian Malaysia 1963
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM6.8 bilion untuk pendidikan TVET
- Belanjawan 2024 : RM150 juta peruntukan baiki tandas awam
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan pendekkan tempoh proses sijil halal kepada 30 hari
- Belanjawan 2024: Geran RM100 juta bagi pendigitalan PKS, mikro
- Belanjawan 2024 : Lima inisiatif bagi rakyat pedalaman
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan bela insan seni dan martabatkan industri hiburan
- Belanjawan 2024: Kerajaan azam martabatkan ekonomi rakyat
- Belanjawan 2024: Rasional subsidi diesel secara berfasa
- Belanjawan 2024: RM200 juta lindungi hutan, hidupan liar
- Belanjawan 2024: Galak penerimaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan elektrik (EV)
- Belanjawan 2024: Harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,300 per metrik tan
- Belanjawan 2024: RM22 bilion peruntukan projek tebatan banjir dilaksana secara tender
- Belanjawan 2024: RM930 juta naik taraf sekolah daif
- Belanjawan 2024: 2.6 bilion ringgit bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan
- Belanjawan 2024: NADMA terima RM300 juta pastikan kelancaran persiapan banjir
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
- Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan, salur sebelum Ramadan
- Belanjawan 2024: Program Jualan Rahmah akan diperluas
- Belanjawan 2024: Kadar elaun 18,000 pelatih OKU dinaikkan kepada RM300
- Belanjawan 2024: Cukai minuman bergula dinaikkan daripada 40 sen ke 50 sen
- Belanjawan 2024: RM400 Juta bagi melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan
- Belanjawan 2024: RM1.1 bilion selesaikan bekalan air di Kelantan, Sabah, Labuan
- Belanjawan 2024: Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sehingga RM2,000
- Belanjawan 2024: Pengecualian cukai kepada wanita kembali bekerja dilanjut sehingga 2027
- Belanjawan 2024: Kerajaan tambah baik program perlindungan sosial
- Belanjawan 2024: Tahun Melawat Malaysia ditetapkan semula pada 2026