KUALA LUMPUR: Usaha yang dilakukan sebelum ini dalam menzahirkan kesepakatan dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah direalisasikan oleh Kerajaan.
Menurut Perdana Menteri, ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini, peruntukan Persekutuan untuk pembangunan Sarawak meningkat kepada 5.8 bilion ringgit ketimbang 5.6 bilion ringgit, manakala, untuk pembangunan Sabah meningkat kepada 6.6 bilion ringgit ketimbang 6.5 bilion ringgit.
Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai 50 juta ringgit kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak.
“Kerajaan Perpaduan juga telah meningkatkan kadar Pemberian Khas interim untuk Sarawak dan Sabah kepada 300 juta ringgit ketimbang 16 juta ringgit bagi Sarawak dan 125.6 juta ringgit bagi Sabah sebelum ini,” kata Perdana Menteri
Kali terakhir kajian semula Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah dibuat masing-masing pada 1969 dan 2022.
Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Sabah juga telah mencapai kesepakatan berhubung penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang bakal berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.
“Kendatipun kuasa kawal selia diserahkan kepada Kerajaan Sabah, Kerajaan Persekutuan tetap akan terus membantu Kerajaan Sabah dalam mengukuhkan industri bekalan elektrik di Sabah melalui pemberian subsidi kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sehinggalah Pelan Transformasi SESB berjaya dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun iaitu sehingga 2030,”
Bagi menjamin kestabilan dan mengurangkan gangguan bekalan elektrik di Sabah khususnya di kawasan timur Sabah, Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan kepada pelaksanaan penjanaan tenaga secara solar hibrid serta pembinaan jaringan talian penghantar
elektrik di selatan Sabah.
Kerajaan Persekutuan juga sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada Kerajaan negeri.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan
- Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan
- Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK
- Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN
- Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat
- Belanjawan 2024: E-invois LHDNM akan dikuatkuasa secara mandatori kepada pembayar cukai
- Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion
- Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan terus tambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar ikut penggunaan
- Belanjawan 2024: Kawalan penyeludupan rokok, minuman keras diperketat mulai 1 Januari 2024
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam
- Belanjawan 2024: Agensi penguat kuasa cemerlang diberi ganjaran
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Subsidi bersasar dilaksana secara berfasa tahun depan
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan perhebat usaha raih pelaburan berimpak tinggi
- Belanjawan 2024: Harga siling untuk telur, ayam ditarik balik
- Belanjawan 2024: 4,100 jalan berlubang sudah dibaik pulih
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda, hutang bawah RM200 ribu