KUALA LUMPUR: Bakat-bakat kreatif tempatan akan terus disokong bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak karya seni di Malaysia.
Untuk itu kerajaan menyediakan 160 juta ringgit untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni.
Antaranya, 60 juta ringgit di bawah Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.
“Kerajaan juga memperuntukkan 90 juta ringgit di bawah inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) untuk terus menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa dan 10 juta ringgit bagi menyediakan Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif, ” kata Perdana Menteri.
Susulan keputusan Negeri Selangor yang menurunkan kadar duti hiburan, Kerajaan turut bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.
Kadar baharu itu ialah, pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan, pengurangan kepada 5 peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator; dan pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.
“Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyeru kerajaan negeri supaya dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan di samping merancakkan lagi aktiviti
pelancongan negara.” ujar Perdana Menteri.
Perdana Menteri juga juga telah meneliti input yang diterima semasa Jelajah Belanjawan MADANI di negeri Johor terkait pendekatan Kerajaan dalam menggalakkan kemasukan produksi filem asing ke Malaysia dan seterusnya menyaingi tawaran insentif negara lain.
Kerajaan bercadang untuk menetapkan kadar cukai pendapatan khas antara 0 hingga 10 peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia.
Kata Perdana Menteri, sebagai pengiktirafan dan penghargaan tahap tertinggi kepada tokoh-tokoh dan penggiat seni, budaya dan warisan, kerajaan akan kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara secara tahunan.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan
- Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan
- Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK
- Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN
- Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat
- Belanjawan 2024: E-invois LHDNM akan dikuatkuasa secara mandatori kepada pembayar cukai
- Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion
- Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan terus tambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar ikut penggunaan
- Belanjawan 2024: Kawalan penyeludupan rokok, minuman keras diperketat mulai 1 Januari 2024
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam
- Belanjawan 2024: Agensi penguat kuasa cemerlang diberi ganjaran
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Subsidi bersasar dilaksana secara berfasa tahun depan
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan perhebat usaha raih pelaburan berimpak tinggi
- Belanjawan 2024: Harga siling untuk telur, ayam ditarik balik
- Belanjawan 2024: 4,100 jalan berlubang sudah dibaik pulih
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda, hutang bawah RM200 ribu
- Belanjawan 2024: Kerajaan realisasikan kesepakatan dalam Perjanjian Malaysia 1963
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM6.8 bilion untuk pendidikan TVET
- Belanjawan 2024 : RM150 juta peruntukan baiki tandas awam
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan pendekkan tempoh proses sijil halal kepada 30 hari
- Belanjawan 2024: Geran RM100 juta bagi pendigitalan PKS, mikro
- Belanjawan 2024 : Lima inisiatif bagi rakyat pedalaman