comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Kadar elaun 18,000 pelatih OKU dinaikkan kepada RM300

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) terus diberi perhatian menerusi Belanjawan 2024 dengan menyediakan peruntukan RM1.2 bilion untuk golongan itu.

Peruntukan itu antara lain akan meningkatkan kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti kepada RM300 sebulan, berbanding RM150 yang diterima sebelum ini.

”Tahun hadapan, kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada
300 ringgit sebulan ketimbang 150 ringgit,” jelasnya.

Peningkatan kadar elaun itu akan memanfaatkan lebih 18,000 pelatih OKU dengan tambahan peruntukan RM30 juta.

Selain itu, peruntukan berkenaan juga akan disalurkan bagi penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

”Bagi memberikan manfaat kepada usahawan OKU mikro, kemudahan pembiayaan khas oleh BSN disediakan sebanyak 50 juta ringgit.” ujarnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini