comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024, Cuepacs hargai komitmen kerajaan bantu penjawat awam

PETALING JAYA: Cuepacs menghargai komitmen serta keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata pihaknya juga berharap kerajaan dapat mempercepatkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Bermakna ini insentif tertinggi dalam masa 10 tahun yang pernah didapati penjawat awam. Insentif ini merupakan insentif awal bersifat sementara maka Cuepacs juga mohon kepada kerajaan SSPA boleh dipercepatkan pelaksanaannya,”.

Pemberian insentif secara sekali gus pada Februari tahun depan juga disifatkan tepat kerana boleh mengurangkan beban persediaan bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak serta persiapan menyambut Ramadan dan Syawal.

Tambahnya, SSPA yang baharu adalah penting bagi memastikan gaji diterima oleh penjawat awam ketika ini sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.

Loading...
Terkini