KUALA LUMPUR: Agensi penguat kuasa yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya.
Ia bagi menghargai komitmen agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia meningkatkan usaha penguatkuasaan serta operasi membanteras ketirisan hasil negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata, ketangkasan tindakan PDRM membanteras jenayah dan ikhtiar SPRM menggeledah pengamal sindiket kewangan dan kartel perlu dihargai.
”Kerajaan menghargai komitmen agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam meningkatkan usaha penguatkuasaan serta operasi membanteras
ketirisan hasil negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut mengumumkan mulai 1 Januari 2024, kerajaan akan memperketat langkah kawalan penyeludupan dan memperluas kepada produk minuman keras seperti berikut:
• Aktiviti pindah kapal (transhipment) bagi produk minuman keras akan dihadkan di pelabuhan tertentu sahaja.
• Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam akan dijadikan sebagai laluan keluar tunggal bagi
wilayah utara.
• Aktiviti import bagi rokok untuk pasaran domestik pula hendaklah dilakukan secara muatan kontena secara penuh (full container load).
| ARTIKEL BERKAITAN
- Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan
- Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan
- Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK
- Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN
- Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat
- Belanjawan 2024: E-invois LHDNM akan dikuatkuasa secara mandatori kepada pembayar cukai
- Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion
- Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan terus tambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar ikut penggunaan
- Belanjawan 2024: Kawalan penyeludupan rokok, minuman keras diperketat mulai 1 Januari 2024
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam