KUALA LUMPUR: Kearah memperhebat usaha menjamin kelangsungan industri agromakanan negara yang lebih mandiri, belanjawan MADANI Kedua menyediakan 2.6 bilion ringgit bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada
pesawah dan nelayan.
Peruntukan ini meningkat 600 juta ringgit ketimbang tahun ini selaras dengan keputusan Kerajaan menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada 360 ringgit kepada 500 ringgit per metrik tan.
“Saya mendengar rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang telah diturunkan kepada tahap minimum 1,200 ringgit per metrik tan sedangkan sebelum ini harga belian oleh pengilang jauh
lebih tinggi. Kerajaan telah menetapkan harga lantai pada 1,200 ringgit sejak tahun 2014 lagi. Sukacita diumumkan Kerajaan memutuskan untuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada 1,300 ringgit per metrik tan demi membantu pendapatan pesawah,’ kata Perdana Menteri.
Kerajaan juga telah memulakan usaha rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh 2 tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Bota Kiri, Perak; Kangar, Perlis dan Kota Sarang Semut, Kedah. Ini selari dengan usaha untuk menaik taraf
infrastruktur pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis dan Kedah bagi meningkatkan pengeluaran padi dengan pelaburan bernilai 3 bilion ringgit.
Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma daripada 40 juta ringgit kepada 50 juta ringgit dan ini antara lain akan dapat meluaskan kawasan penanaman padi bukit daripada 43 ribu hektar.
Untuk manfaat nelayan, kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah iaitu 1 ringgit 65 sen seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun.
Nelayan juga diberikan elaun sara hidup sehingga 300 ringgit sebulan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga 1,000 ringgit sebulan.
Keprihatinan Kerajaan terhadap kehidupan nelayan dibuktikan dengan peruntukan 10 juta ringgit untuk tujuan membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang uzur.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan
- Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan
- Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK
- Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN
- Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat
- Belanjawan 2024: E-invois LHDNM akan dikuatkuasa secara mandatori kepada pembayar cukai
- Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion
- Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan terus tambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar ikut penggunaan
- Belanjawan 2024: Kawalan penyeludupan rokok, minuman keras diperketat mulai 1 Januari 2024
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam
- Belanjawan 2024: Agensi penguat kuasa cemerlang diberi ganjaran
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Subsidi bersasar dilaksana secara berfasa tahun depan
- Belanjawan 2024: Kerajaan akan perhebat usaha raih pelaburan berimpak tinggi
- Belanjawan 2024: Harga siling untuk telur, ayam ditarik balik
- Belanjawan 2024: 4,100 jalan berlubang sudah dibaik pulih
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda, hutang bawah RM200 ribu
- Belanjawan 2024: Kerajaan realisasikan kesepakatan dalam Perjanjian Malaysia 1963
- [VIDEO] Belanjawan 2024: RM6.8 bilion untuk pendidikan TVET
- Belanjawan 2024 : RM150 juta peruntukan baiki tandas awam
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan pendekkan tempoh proses sijil halal kepada 30 hari
- Belanjawan 2024: Geran RM100 juta bagi pendigitalan PKS, mikro
- Belanjawan 2024 : Lima inisiatif bagi rakyat pedalaman
- [VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan bela insan seni dan martabatkan industri hiburan
- Belanjawan 2024: Kerajaan azam martabatkan ekonomi rakyat
- Belanjawan 2024: Rasional subsidi diesel secara berfasa
- Belanjawan 2024: RM200 juta lindungi hutan, hidupan liar
- Belanjawan 2024: Galak penerimaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan elektrik (EV)
- Belanjawan 2024: Harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,300 per metrik tan
- Belanjawan 2024: RM22 bilion peruntukan projek tebatan banjir dilaksana secara tender
- Belanjawan 2024: RM930 juta naik taraf sekolah daif