Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2023: Tiada pengenalan GST, cukai barangan mewah dilaksanakan tahun ini

Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan GST tahun ini. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan melebihi lima peratus dan kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dan melaksanakan GST.

“Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.

“Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah (seperti), jam tangan mewah, barang fesyen mewah dan segala-gala mewah itu harus dicukai sepatutnya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Loading...
Terkini