Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2023: Syarikat besar ambil alih kursus TVET

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 50 syarikat besar akan mengambil alih sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), dalam usaha memastikan golongan belia tidak terperangkap dalam situasi ‘underemployment’ sekali gus memenuhi keperluan industri.

Syarikat peneraju ini operasi institusi TVET seperti kolej komuniti, institut latihan perindustrian (ILP) dan institut kemahiran belia negara (IKBN) bagi menyediakan program latihan yang memenuhi keperluan industri.

PETRONAS akan menerajui kluster minyak dan gas di Pengerang, Kimanis, Batu Rakit dan Miri manakala DRB Hicom Bhd bagi kluster automotif di Pekan serta Kumpulan Sunway bagi kluster perhotelan dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bagi kluster pembinaan.

Bagi mengeratkan kerjasama industri, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkukuh dengan peruntukan RM50 juta untuk manfaat lebih 8,000 pelatih.

Loading...
Terkini