comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2023: RM1.6 bilion subsidi, insentif untuk sektor padi

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM1.6 bilion untuk meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma.

Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim, membabitkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Sementara itu, selain sumbangan RM60 juta, BERNAS turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

Bagi meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (PHPIPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.

“Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320,000 pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta.

“Bagi meningkatkan permintaan getah sekali gus menambah pendapatan pekebun kecil, Kerajaan akan menyediakan RM50 juta untuk menggunakan Cuplump Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan. Bahan CMB dilihat lebih memanjangkan jangka hayat jalan,” katanya.

Loading...
Terkini