KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM50juta disediakan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan keadaan yang selamat di Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan keutamaan kepada mengganti lif-lif yang usang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagi mempercepat proses perolehan, had sebut harga perolehan kerja penyelenggaraan dan pembaikan lif ditingkatkan kepada RM1.2 juta berbanding RM500,000.
“Sebanyak RM15 juta disediakan untuk menyokong usaha badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran.
“Sebanyak RM30 juta juga disediakan mempergiat aktiviti ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan menggunakan platform Cloud Kitchen dibawah seliaan Yayasan Hasanah,” katanya.
Bagi menyediakan capaian internet kepada kawasan komuniti, kemudahan internet kepada 40,000 unit PPR untuk 2023 selain menyediakan internet percuma di 56 PPR terpilih.
“Beberapa projek PPR baharu sedang dilaksanakan membabitkan peruntukan RM367 juta untuk manfaat 12,400 bakal penghuni baharu.