
KUALA LUMPUR: Anggota pasukan penyelamat negara yang ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria akan menerima elaun RM100 sehari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan mereka atas nama kemanusiaan.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, seramai 70 anggota pasukan elit SMART terbabit dalam misi mencari dan menyelamat di Turkiye terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Perubatan Diraja, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pasukan khas bahan kimia berbahaya (SMART).