Tumpuan :
Nasional

Bekas Wartawan, Pemenang Anugerah Kajai meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia yang juga pemenang Anugerah Kajai 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias atau dikenali Wanti meninggal dunia petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Allahyarhamah difahamkan menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit radang paru-paru sekitar pukul 4.30 petang tadi di Hospital Serdang.

Difahamkan sebelum ini Wanti dirawat di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti Covid-19.

Tahap kesihatannya mulai merosot sejak itu dan sering menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Kajang dipercayai kesan sindrom Covid berpanjangan.

Selain Utusan Malaysia, Wanti juga pernah berkhidmat dengan Berita Harian serta Media Variasi.

Loading...
Terkini