comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas Presiden MCA, Tan Sri Lee San Choon meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Tan Sri Lee San Choon, meninggal dunia pada usia 88 tahun, pagi tadi.

Dilahirkan di Pekan, Pahang, mendiang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kerusi Parlimen Kluang Utara dan memenangi kawasan itu pada 1959, ketikka mendiang baru sahaja berumur 24 tahun.

Kemudian, mendiang dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Parti Perikatan dan dilantik berkhidmat sebagai Ketua Pemuda MCA.

Ramai yang menggelarkan mendiang sebagai ‘Young Turk’ selepas beliau bersuara secara terbuka bagi mendesak beberapa pemimpin MCA untuk meletak jawatan pada 1963.

Selepas tragedi rusuhan 13 Mei, mendiang pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas.

Kemudian, pada 1971, mendiang dilantik sebagai Menteri Buruh.

Mendiang turut pernah dilantik memegang beberapa portfolio menteri antaranya Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam dan Menteri Tekonologi, Penyelidikan dan Penyelaras Kampung Baru.

Pada 1974, San Choon pernah menjadi Pemangku Presiden MCA susulan pemergian Tan Siew Sin.

Setahun kemudian, San Choon dipilih sebagai Presiden MCA dan berkhidmat bagi jawatan itu sehingga mendiang bersara daripada arena politik pada 1983. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini