comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas pengacara, wartawan Majalah 3 meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pengacara dan wartawan rancangan dokumentari Majalah 3 terbitan TV3, Abdullah Sidek Majin, 58, meninggal dunia jam 11 malam tadi di Hospital Slim River, Perak.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Luqman Sidek, 28.

“Saya dapat berita ayah saya jatuh terlentang di rumah nenek saya di Kampung Lubuk Salak, Tanjung Malim, pada jam 6 petang.

“Selepas itu ayah saya dibawa ke Hospital Slim River, ayah sebelum ini menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

“Selepas pegawai perubatan membuat pemeriksaan, arwah disahkan sudah tidak bernafas lagi pada jam 11 malam,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Hospital Slim River.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cabang Lima, Tanjung Malim jam 10.30 pagi ini.

Difahamkan Allahyarham Abdullah Sidek telah tiga bulan menderita penyakit kanser limfoma selain tidak aktif bersiaran di televisyen sejak lapan tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khairana Sabtu dan lima anak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini