PETALING JAYA: Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, pagi ini, untuk didakwa kerana menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel.
Pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama pasukan di sebuah negeri itu memakai baju biru dan berseluar jeans, tiba jam 8.15 pagi dengan diiringi seorang lelaki.
Pada 7 Jun lalu, polis menahan pemain bola itu selepas dilaporkan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya yang menyebabkan mangsa cedera di bahagian badan.
Selain itu, suspek dipercayai merosakkan telefon bimbit mangsa.
Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan.