Tumpuan :
Nasional

Bekas MP Lubok Antu meninggal dunia

Mendiang Datuk William Nyalau Badak – Foto: NSTP

KUCHING: Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyalau Badak, 74, meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, semalam.

Beliau yang menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal dari 2008 hingga 2018, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Sebelum menceburi kancah politik dengan menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS), mendiang pernah bertugas sebagai pegawai daerah dan hakim Mahkamah Anak Negeri.

Selepas keluar daripada PRS pada April 2018, beliau menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Mendiang kemudian bertanding sebagai calon PSB di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada Pilihan Raya Negeri 2021.

Namun, beliau tewas kepada calon mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Malcolm Mussen Lamoh.

Pada 8 November 2022, beliau mengumumkan keluar daripada PSB dan menyatakan sokongan kepada GPS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini