Tumpuan :
Nasional

Bekas Menteri Kesihatan santuni mangsa banjir di Batu Pahat

Khairy Jamaluddin

BATU PAHAT: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meninjau beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar daerah ini, pagi tadi.

Beliau yang juga penasihat belia negeri Johor turut menyantuni mangsa yang berada di beberapa PPS daerah itu.

Turut mengiringi, beliau Presiden Majlis Belia Johor, Aznan Tamin dan pemimpin Belia Daerah Batu Pahat.

Khairy turut menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada mangsa dan mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada sukarelawan serta semua pihak yang membantu mangsa banjir di Johor.

Loading...
Terkini