comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas menteri kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas menteri kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini. Mendiang yang menggalas tanggungjawab menteri kesihatan selama sembilan tahun ( (1995-2004) dan sebagai ahli  Parlimen Bakri selama lima penggal (1986-2008), meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Menurut Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, pihaknya mendapat berita pemergian Chua daripada anaknya.

Sementara itu, sumber MCA memberitahu, Chua berada di hospital sejak diserang penyakit jantung minggu lalu.

Chua, bekas naib presiden MCA berkhidmat selama 35 tahun bersama  parti komponen kedua terbesar  Barisan Nasional  itu, sebelum menyertai pada PKR  2009.

Mendiang meninggalkan BN selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan bekas presiden MCA Ong Tee Keat dan kematian misteri ahli politik  DAP,  Teoh Beng Hock semasa dalam pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,  SPRM..

Chua kali terakhir bertanding pada pillihanraya umum pada 2017, kalah kerusi parlimen kepada MIC Presiden Dr S Subramaniam dengan majoriti 1,217 undi.

Loading...
Terkini