comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas menteri agama lelong jam mewah demi Palestin

Foto: Datuk Seri Dr Zulkilfi Mohamad Al-Bakri/ Facebook

KUALA LUMPUR: Demi membantu Palestin, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfi Mohamad Al-Bakri sedia melepaskan jam mewah kesayangan jenama Rolex, hadiah diterimanya daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Beliau membuka bidaan jam berkenaan di platform Facebook bermula hari ini untuk didermakan kepada rakyat Palestin.

“Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan bilion dolar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000, kenaikan bermula RM100 ke atas.

“Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen,” katanya menerus hantaran di Faceboooknya.

Jelasnya lagi meskipun hadiah itu diterimanya pada 2017, namun ia hanya dibuka selepas beliau meletakkan jawatan sebagai menteri pada 2021 lalu.

“Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri.

“Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

“Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya.

Beliau memberitahu jam berkenaan hanya dipakainya dua tahun lalu sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.

Loading...
Terkini