KLUANG: Bekas komando, Ab Manan Keri, 73 tahun yang dilapor hilang selepas menghadiri Majlis Jamuan Teh di Dataran Tasik Kluang, Khamis lalu, ditemukan lemas kira-kira jam 5 petang tadi.
Mayat mangsa yang lengkap berpakaian veteran tentera ditemukan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, sebelum disahkan ahli keluarga.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa dijumpai dalam radius pencarian kira kira tujuh kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian berdekatan Taman Pelangi.
“Dipercayai mangsa hanyut dibawa arus ke kebun kelapa sawit berkenaan yang terletak kira kira 500 meter dari Sungai Melantai,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.