Tumpuan :
Nasional

Bekas Ketua Pengarah IKIM diumum Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Yang di-Pertuan Agong mengurniakan Anugerah Tokoh Kebangsaan Maal Hijrah kepada Dr Abdul Monir kiri) di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto : NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam (IKIM), Datuk Dr Abdul Monir Yaacob dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Pengumuman itu dibuat  Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M, di sini.

Foto : NSTP

Sementara itu, Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa milik Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakr Amad.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan anugerah, termasuk wang tunai dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pemilihan kedua-dua tokoh itu berdasarkan sumbangan besar mereka dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam selain mendapat pengiktirafan serta diterima masyarakat dari dalam dan luar negara.

Kedua-dua tokoh itu juga memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas serta mempunyai sifat dan peribadi yang unggul untuk dicontohi.

Loading...
Terkini