comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan rasuah bernilai lebih RM1 juta

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang mantan Datuk Bandar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang, di pejabat SPRM Johor petang tadi atas kesalahan menerima rasuah.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 63 tahun tersebut merupakan mantan Datuk Bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

“Suspek telah ditahan kira-kira jam 4 petang tadi,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, difahamkan tangkapan dibuat berkaitan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021.

Sumber itu memaklumkan bahawa dalam tempoh itu, suspek telah menerima wang rasuah lebih daripada RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek di majlis berkenaan.

Sementara itu menurut satu lagi sumber, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada jam 8.30 pagi esok dengan 12 pertuduhan.

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini