ALOR SETAR: Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Anaknya, Ahmad Qusyairi memaklumkan Ahmad Zaini menghembuskan nafas terakhir jam 5.42 pagi, namun tidak mengulas lanjut mengenainya.
![](https://media.buletintv3.my/2023/04/pp-cms-2023-04-01T101759.487.jpg)
![](https://media.buletintv3.my/2023/04/pp-cms-2023-04-01T101511.154.jpg)
Beliau menerusi Facebook berkata, jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Changlun, Kubang Pasu untuk urusan pengebumian.
Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, pertama kali memenangi kerusi ADUN Bukit Kayu Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008 dan mempertahankannya pada PRU13.
Bagaimanapun, allahyarham tewas dalam pemilihan di kerusi sama pada PRU 2018.
Allahyarham juga tidak bertanding untuk mempertahankan jawatannya sebagai ketua UMNO Bahagian Kubang pasu dalam pemilihan parti baru-baru ini atas faktor kesihatan.