Tumpuan :
Nasional

Bekalan Masih Cukup, HCTM Nafi Kekurangan PPE

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan berlaku isu kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment, PPE).

Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya masih mempunyai bekalan PPE yang mencukupi dan Jabatan Perubatan Kecemasan antara jabatan yang diberikan keutamaan untuk dibekalkan kelengkapan itu.

“Semakan stok di Jabatan Perubatan Kecemasan tersebut juga mendapati tiada masalah kekurangan seperti yang dimaklumkan. 

“Pihak HCTM UKM juga ingin memaklumkan bahawa pemakaian PPE di kalangan anggota petugas barisan hadapan adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sehubungan itu, pihak HCTM UKM menafikan ketidakcukupan PPE seperti yang didakwa. 

Loading...
Terkini