comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan makanan mencukupi sepanjang monsun timur laut

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. – Foto fail NSTP

BUTTERWORTH: Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata pihaknya sudah membuat persiapan berdasarkan pengalaman lepas bagi menghadapi keadaan cuaca tidak menentu termasuk kemungkinan hujan yang lebih lebat pada MTL tahun ini.

“Mencukupi atau tidak, kalau ikut pengalaman lepas memang kita dapat sediakan dengan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pendaratan ikan tuna di Dermaga Bagan Dalam di sini hari ini.

Mohamad berkata kerajaan dalam apa jua keadaan akan memastikan makanan tetap cukup untuk rakyat walaupun harganya mungkin turun naik bergantung pada bekalan semasa.

Terdahulu Mohamad menyaksikan pendaratan 75 tan ikan tuna hasil tangkapan oleh syarikat tempatan, Alpha Ocean Resources Bhd Group (AORB Group).

Syarikat itu melakukan penangkapan ikan tuna tiga kali setahun dan ini merupakan yang ketiga untuk tahun ini dengan hasil tangkapan dieksport ke Jepun, Singapura, Vietnam, Thailand dan Amerika Syarikat. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini