comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan Elektrik Pulih Di Pahang

Anggota TNB melakukan kerja-kerja mula tugas pencawang elektrik.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua 368 pencawang elektrik TNB di Pahang telah mendapat bekalan sepenuhnya susulan keadaan banjir yang semakin surut di negeri itu.

Hanya empat pencawang masih mendapat bekalan melalui set janakuasa bergerak.

Bilik gerakan TNB di Pahang masih beroperasi untuk tujuan pemantauan selain bagi menyampaikan maklumat berkaitan bekalan.

Setelah banjir surut, pengguna disaran untuk mendapatkan khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi memeriksa pendawaian di dalam premis mereka yang dinaiki air.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air.

Elakkan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.

Loading...
Terkini