comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan daging lembu cukup hingga Raya Korban

SELANGOR: Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) jamin bekalan daging lembu di Selangor mencukupi dan sehinggalah menjelangnya sambutan Aidiladha nanti.

Jabatan itu memaklumkan permintaan bekalan lembu untuk ibadah korban tahun ini bagi pihak masjid, surau dan penyembelihan luar daripada itu dianggarkan sebanyak 46,027 ekor lembu.

“Pihak kami mendapati bekalan masih mencukupi disebabkan faktor peningkatan pembangunan ladang ternakan ruminan yang begitu efisyen, katanya.

Sementara itu, penternak, Mohd Zukhairy Mohamad Zamahsari, 36, dari Ladang Saujana Agro, Sungai Buluh berkata, pembelian lembu tahun ini agak perlahan terutama daripada pihak masjid.

“Pembelian lembu kurang memberangsangkan atas faktor ekonomi membuatkan mereka mengamalkan konsep berjimat cermat,” katanya.

Katanya, bekalan lembu masih mencukupi sehingga Aidiladha disebabkan ramai penternak baru mula menceburi bidang penternakan lembu.

Menurutnya, pihaknya menjual harga pasaran tempatan bagi seekor lembu bermula dengan harga RM5,000 sehingga RM6,000 bagi kategori lembu biasa dan RM8,000 sehingga RM15,000 bagi kategori korban ‘premium,’ katanya.

Bagi memastikan bekalan lembu mencukupi, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui DVS mewujudkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara merangkumi beberapa strategik.

“Antara strategiknya adalah pihak kami akan meningkatkan upaya modal permulaan penternak ruminan dan memperkasa kapasiti industri ruminan negara,” katanya.

“Dengan adanya strategik itu pihak kami berharap bekalan lembu akan mencukupi bagi ibadah korban bukan setakat tahun ini sahaja, malah di tahun-tahun akan datang,” katanya.

Loading...
Terkini