Tumpuan :
Nasional

Bekalan beras mencukupi – Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

SEREMBAN: Meskipun berkemungkinan bakal menghadapi kekangan daripada negara pengeksport, Kerajaan memberi jaminan bekalan beras akan dipastikan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata persiapan intensif sudah dan sedang dilakukan bagi memastikan bekalan beras tidakterganggu.

“Kita sedar sebarang kemungkinan boleh berlaku pada masa depan, terutama jika negara pengeksport beras seperti India dan Vietnam mengurangkan kadar eksport.

“Justeru, kita kena buat persiapan awal dan intensif untuk mencukupkan beras di negara ini dengan meningkatkan infrastruktur berkaitan tanaman padi sertapenggunaan jentera yang lebih baik.

“Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memainkan peranan proaktif dalam membantumemastikan bekalan beras mencukupi untuk keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Santai Peladang Zon Tengah di sini, petang tadi.Yang turut hadir, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob.

Mohamad berkata, bekalan beras juga dipengaruhi faktor cuaca tidak menentu, sekali gus menyebabkan hasil padi berkurangan.

“Keadaan cuaca ini turut berlaku di negara-negara pengeksport beras dan boleh mempengaruhi kadar eksport.

“Sebab itu, kementerian sentiasa memberi perhatian serius dalam aspek pengeluaran beras ini dengan langkah diambil, termasuk memulakan usaha tanaman padi ala Sekinchan di Kedah, Terengganu dan Pahang selain memperkenalkan baja tambahan melalui Skim Baja Perintis di mana petani akan terus mendapat baja yang telah sedia ada untuk tingkatkan pengeluaran,” katanya.

Loading...
Terkini