comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bekalan air di Perlis mampu bertahan dua bulan lagi

 

KANGAR: Bekalan air di Perlis mencukupi meskipun cuaca panas melanda seluruh negara ketika ini.Jaminan itu diberikan kerajaan negeri bagi menampung keperluan dua bulan lagi jika cuaca panas berlarutan.

Menurut Menteri Besarnya, Mohd Shukri Ramli, ia adalah berdasarkan paras air di Empangan Timah Tasoh yang kini mencukupi bagi menampung keperluan semasa rakyat.

Foto hiasan

“Saya dimaklumkan bekalan air di Empangan Timah Tasoh boleh menampung keperluan untuk jangka masa dua bulan lagi jika cuaca panas terus berlarutan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Rakyat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Ke-80 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, hari ini.

Mohd Shukri turut menasihati orang ramai supaya minum secukupnya dan tidak terdedah lama dalam cuaca panas, yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Saya ingin berpesan kepada pesawah agar tidak berada terlalu lama di bawah cuaca panas dan begitu juga dengan seluruh rakyat negeri ini,” katanya.

Ditanya tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan negeri jika Kerajaan Pusat mengumumkan darurat cuaca panas, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi Syarikat Air Perlis (SAP) sedang melakukan kajian keperluan untuk memasang telaga tiub untuk keperluan rakyat.

“Kita akan pasang telaga tiub berdekatan dengan jalan raya bagi memudahkan orang ramai dapatkan bekalan air dan jumlah telaga tiub serta lokasi masih dalam peringkat kajian,” katanya.

Loading...
Terkini