comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bekalan air di lima wilayah terjejas pulih sepenuhnya

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, sudah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan status pemulihan bekalan air di lima wilayah pengurusannya yang terjejas, sudah pulih sepenuhnya jam 12 tengah malam tadi.

 

Air Selangor memaklumkan bahawa bekalan air bagi 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam tadi.

Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi Sabtu lalu, berikutan henti tugas sementara di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi dan LRA Sungai Semenyih.

Kawasan terjejas merangkumi 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

Loading...
Terkini