Tumpuan :
Nasional

Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan, jika kemarau berpanjangan

 

KOTA KINABALU: Bekalan air sedia ada di empangan Sabah mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan jika keadaan kemarau semakin berpanjangan, Jabatan Air Sabah (JAS) akan melaksanakan catuan dan menyarankan untuk langkah penjimatan air.

“Saya telah bermesyuarat dengan JAS bagi membincangkan isu bekalan air di Sabah berikutan keadaan cuaca panas yang sedang melanda negara kita ketika ini. Setakat yang kami maklumkan JAS bersedia untuk memastikan bahawa kita pempunyai bekalan air yang mencukupi di empangan yang ada pada masa kini.

“Bagaimanapun sekiranya kita sampai ke tahap kritikal mungkin alternatif seperti pembenihan awan akan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia Peringkat Sabah hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pada ketika ini JAS juga ada melaksanakan catuan berikutan sistem pengagihan paip bagi memastikan semua pengguna mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

Semalam Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, jabatan dan agensi berkaitan diminta bersedia melaksana pemadaman kebakaran berskala besar dan operasi pembenihan awan bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering serta fenomena El Nino ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini