comscore
Tumpuan :
Nasional

Beg berisi fail bau ‘pelik’, pasukan HAZMAT bantu siasatan

PETALING JAYA : Seorang lelaki mengadu kebas tangan dan jantungnya berdegup kencang selepas memindahkan beg berisi fail yang dibawa dari Taiwan.

Mangsa sebelum itu dikatakan mengadu terdapat bau bahan kimia di dalam rumahnya di Semenyih.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 pagi

Mangsa mengalami simptom berkenaan selepas memindahkan beg tersebut ke bahagian dapur.

Mangsa berusia 32 tahun itu kemudian segera ke Hospital Kajang untuk rawatan dan disahkan tidak mengalami penyakit serta stabil.

Pasukan HAZMAT turut dipanggil ke lokasi bagi mengenal pasti punca bahan kimia berkenaan.

Loading...
Terkini