KUALA TERENGGANU: Proses bedah siasat wanita disyaki dibunuh suami dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun pagi tadi dijangka selesai jam 12.00 tengah malam ini.
Mayat Rubiah Sabtu, terdahulu dibawa ke Hospital Daerah Dungun sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Turut hadir beberapa ahli keluarga menunggu penuh sabar untuk menuntut jenazah mangsa.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Kampung Besol Bukit Besi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala akibat dihentak dengan penukul besi selepas berlaku pertengkaran dengan suaminya yang berusia 32 tahun.