PETALING JAYA: Proses bedah siasat mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah selesai dijalankan petang tadi dan kini menunggu laporan lengkap makmal.
Difahamkan laporan lengkap akan dikeluarkan selepas memperolehi keputusan padanan DNA.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata proses bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi forensik Hospital Sungai Buloh bermula jam 3 petang hingga 5.30 petang tadi.
Pihak polis katanya masih menjalankan siasatan lanjut dan memohon untuk mana-mana saksi kejadian untuk tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kes itu serta tidak menyebarkan gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes itu.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang Rabu lalu sebelum mayatnya ditemui petang semalam di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Seorang anggota polis kini direman seminggu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Seorang penjawat awam ditahan, susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini
- Wanita dilaporkan hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan
- Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh
- Kes bunuh Farah Kartini: Suspek disahkan anggota polis
- [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Pasal lelaki itu saya tak tahu apa-apa – Abang mangsa
- Mayat Nur Farah Kartini ditemui hampir reput, sudah meninggal dunia beberapa hari – Polis
- Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus dan adil – KPN
- TERKINI: Bedah siasat Nur Farah Kartini selesai