Tumpuan :
Nasional

Beberapa kerjasama antara Malaysia dan Bahrain bakal dimeterai seawal Mei depan

Perdana Menteri bercakap kepada media Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Oleh: Mior Abdul Malek Raiyani

BAHRAIN: Beberapa kerjasama yang dibincangkan pada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bahrain bakal dimeterai seawal Mei depan.

Lebih membanggakan beliau turut menarik minat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain untuk menjadi pemudah cara kepada syarikat Malaysia di Bahrain, selain menjadi penghubung dengan negara di timur tengah.

Menurut Anwar, kedua-dua pihak bersetuju untuk menumpukan bidang teknologi kewangan Islam yang perlu dibangunkan dengan beberapa intrumen canggih.

“Selama ini kita hanya menciplak cadangan-cadangan insturmen bank konvensional.Tetapi kita harus ke hadapan, melalui penyelidikan teliti, memahami tentang keperluan peraturan Syariah dan Maqasid Syariah dan menjamin supaya institusi ini dapat menjadi lebih kukuh,” katanya.

Bidang pendidikan pula kata Anwar menjadi prasyarat kepada negara untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang teknologi kewangan, digital dan peralihan tenaga.

“Maka kita putuskan soal bidang penyelidikan dan pendidikan itu perlu diberi diberi keutamaan. Ini saya percaya hal yang boleh kita laksanakan dalam masa singkat,” tambahnya.

Sementara itu Anwar turut menegaskan undangan untuk beliau menyampaikan ucapan pada sesi utama Persidangan Dialog intra-Islam adalah satu bentuk pengiktirafan ke atas peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Peluang berkongsi pandangan di hadapan lebih 400 ulama dan cendekiawan Islam seluruh dunia dimanfaat sepenuhnya untuk menyeru kepada semangat kovivensia atau kewujudan bersama sekalipun terdapat perbezaan pendapat.

“Bila ulama-ulama berani dan tegas menegur umat menegur ulama2 terlampau, menegur kerajaan, kerajaan pimpinan yang tidak mematuhi semangat ini, ini satu contoh keupayaan golongan ulama dan elit yang dapat kita banggakan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media Malayaia sebagai mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Bahrain.

Lawatan itu atas jemputan rasmi Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini