comscore
Tumpuan :
Nasional

Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat

Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat.

JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di sini dinaiki air ekoran banjir kilat pada awal pagi hari ini akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Nusa Damai dan Jalan Masai Lama, Pasir Gudang serta Kampung Paya Kenangan.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan, banjir kilat berlaku mulai jam 1.30 pagi tadi.

“Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat yang turun melebihi dua jam.

“Sepasukan anggota dari APM Daerah Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda dilaporkan buat masa ini dan pemantauan dari semasa ke semasa terus dijalankan oleh APM,” katanya.

Dijangka pusat pemindahan sementara (PPS) juga dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa lokasi.

Orang ramai turut berkongsi di media sosial, gambar banjir kilat yang melanda di Jalan Bunga Mawar, Kampung Maju Jaya, Kempas di sini serta di Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang (berhadapan kilang Panasonic).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini