comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Beberapa bot, ponton rosak dilanggar kapal dagang Indonesia

PETALING JAYA: Beberapa bot dan ponton dilaporkan mengalami kerosakan akibat dilanggar sebuah kapal.

Kejadian didakwa berlaku di Yacht Club Selangor di Pelabuhan Klang, kira-kira jam 6.58 pagi tadi.

Menurut sumber daripada pemilik bot, kapal dagang berkenaan didakwa berasal dari Indonesia.

Buletin TV3 masih cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkaitan antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhubung insiden itu.

Loading...
Terkini