comscore
Tumpuan :
Nasional

Bebanan Kerja Dan Pendigitalan Pendidikan Punca Guru Bersara Awal

Foto hiasan

Oleh: Faiz Rais

PETALING JAYA: Antara faktor yang menjadi punca guru-guru bersara awal disebabkan bebanan kerja yang meningkat dan juga sistem pendigitalan secara dalam talian yang tidak mampu dikuasai oleh guru lama.

Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, tidak kira guru matapelajaran mana sekalipun, mereka semua menghadapi masalah yang sama.

“Isunya kerana bebanan tugas yang tidak relevan. Selain itu, sistem dalam talian yang semakin diguna pakai menjadi penyebabnya. Guru-guru yang kurang mahir teknologi tidak dapat memenuhi atau menyempurnakan kerja mereka kerana terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam aplikasi pendidikan,” katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang

Kebanyakan yang memohon bersara awal juga daripada umur 58 tahun. Walaupun ada yang berumur 56 atau 57 tahun tetapi paling ramai ialah berumur sekitar 58 tahun.

Aminuddin berkata, ketika sekolah mula ditutup selama hampir 2 tahun bermula tahun 2020. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pun muncul dan sudah menjadi satu trend terkini. Jadi, dari situ guru-guru nampak mula tertekan apabila menggunakan cara mengajar yang baru.

“Teknologi berkaitan digital semakin berkembang dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disarankan meningkatkan lagi kemahiran teknologi guru-guru.”

Seterusnya, perkembangan teknologi sememangnya tidak boleh ditolak oleh guru-guru. Bagaimanapun, mereka ada pilihan sama ada mahu meneruskan atau memilih bersara awal,” ujarnya.

Justeru, pengambilan guru perlu dipertingkat juga supaya tiada masalah kekurangan guru. Malah, proses pengurangan beban guru perlu dilaksanakan dengan lebih agresif bagi membendung guru memohon bersara awal.

Loading...
Terkini