Tumpuan :
Nasional

Beaufort diisytihar bencana banjir, 418 penduduk dipindah di dua PPS

FOTO: Ihsan APM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

BEAUFORT: Seramai 418 orang daripada 121 keluarga dipindahkan di Beaufort akibat banjir setakat 8 pagi tadi, manakala daerah Membakut mula dilanda banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, seramai 374 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan kekal (PPK) Dewan Selagon, manakala 44 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.

FOTO: Ihsan APM Sabah

“Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir di Beaufort dan pemindahan mangsa pagi ini meningkat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, daerah Membakut dilanda banjir pada pagi ini dengan PPS Dewan Kesenian Islam Membakut telah dibuka untuk pemindahan mangsa banjir.

“PPS telah diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas tidak selamat untuk didiami,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini