comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama dari bayi lelaki – DOSM

Foto hiasan

Oleh: Fareez Azman

PETALING JAYA: Bayi perempuan yang lahir pada tahun ini dijangka secara purata mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding bayi lelaki.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, ia berdasarkan penerbitan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2022-2024 yang dikeluarkan hari ini.

“Bayi yang lahir pada tahun 2022 hingga 2024, dijangka mempunyai jangka hayat sehingga 73.8, 74.0 dan 75.2 tahun. Bayi lelaki yang lahir bagi tempoh tersebut dijangka mempunyai hayat sehingga 71.5 hingga 73.0 tahun.

“Manakala bayi perempuan yang lahir tempoh sama, dijangka mempunyai jangka hayat 76.4 hingga 77.8 tahun,” jelasnya.

Dalam kajian itu, Selangor mencatatkan negeri tertinggi mempunyai jangkaan hayat melebihi paras nasional.

Bagaimanapun Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh sama.

“Tiga negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada 2024 iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur,” katanya.

Mohd Uzir berkata, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut daerah pentadbiran pada 2024 dicatat di Petaling, Selangor (80.2 tahun) manakala Samarahan, Sarawak mencatat jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi 2023 (79.6 tahun) dan 2022 (79.5 tahun).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini